Thursday, May 6, 2010

"We always thought we'd look back on our tears and laugh, but we never thought we'd look back on our laughter and cry."



Kawan, semua orang ada kawan kan? siapa yang tak ada kawan tu, sorry to say lah, kau tak pandai berkawan -.-'.
Kawan, seakan malaikat atau bidadari yang sentiasa di sisi kita sepanjang masa walaupun kita berada jauh dari mereka.
Kawan, mereka sentiasa mendengar penderitaan dan kebahagian yang kita alami.
Kawan, mereka tidak tahu apa yang kita rasa dalam hati dan perasaan yang timbul kerana mereka pun keliru dengan diri mereka.
Kawan, umpama tiada benih tiada lah pokok yang tumbuh dengan subur.
Kawan, anugerah yang paling istimewa bagi mereka yang mempunyai kawan.
Kawan, adalah yang terbaik di antara semua yang terbaik.
Kawan, aku rasa kawan yang istimewa paling terbaik daripada kawan karib, baik, lelaki atau perempuan.
Kawan, apabila kita berkumpulan tidak sepatutnya ada kumpulan lain di dalam kumpulan itu.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kumpulan itu ibarat satu lautan yang besar dan mempunyai satu nama.
Ia tidak boleh di pisah, kalau lautan itu dibahagi atau dipisahkan, satu pulau akan terjadi di tengah tengah lautan itu.
Pulau itu ibarat kumpulan lain di dalam kumpulan yang asli, faham maksud saya?.

Cuba fikirkan kau mempunyai satu kumpulan di sekolah, yg terdiri daripada 13 orang pelajar perempuan, Dan apabila satu nama muncul di dalam diri salah satu ahli kumpulan itu, mereka membina kumpulan baru yang lain dengan menggunakan nama tersebut.Semenjak mereka membina kumpulan baru itu, semuanya jadi haru biru atau senang cerita, mereka tidak bertegur siapa antara kumpulan baru dan kumpulan lama. Apabila aku memikirkan semula, aku ingin menyatukan kumpulan baru dan lama menjadi kumpulan lama pula. Aku sudah penat menyaksikan drama kutuk mengutuk, bergaduh, bermasam muka, menangis. Dan aku inginkan drama jujur, ikhlas dan berterus terang. Itu satu penyelasaian yang tepat dan amat menginsafkan kita daripada perkara yang telah terjadi.


P/s: apa yang aku rasa dan pendapat.