Jyeah , siapa yang tiada abang dalam siblings, korang akan nak abang kan?. And kalau ada abang dalam siblings, korang mcm rasa abang tu mcm menyemak je. But disebalik kemunculan abang di dunia ini, daripada perut ibu kita juga, dia bukan sahaja makhluk biasa tetapi dia merupakan seorang makhluk yang sentiasa mengambil berat tentang adik adiknya dan menjaga amanah ayah dan ibu dalam keluarga. Cuba fikirkan, abang sangat tertib menjaga adiknya daripada teman lelaki yang sedang bercinta dengan adiknya, menanyakan hendak keluar ke mana, menghantar atau mengambil kamu ke sana atau sini. Kita sama sama fikirkan , apabila ego kita terlampau tinggi untuk memarahinya atau apa saja di dalam hidup kita. Dan ABANG merupakan abang yang terbaik pernah kamu rasai.